Cabaran dan Tafsiran Semasa Terhadap 5 Perkara Utama Dalam Perlembagaan Persekutuan
E-FOLIO
MPU21072 - PENGHAYATAN ETIKA DAN PERADABAN
Nama Pensyarah: Encik Mohd Faizal bin Mat Pesa
Nama Ahli Kumpulan:
- Aina Syaffina binti Adnan (11DPI24F1094)
- Nurul Natasha binti Azmi (11DPI24F1005)
- Nur Insyirah Khairina binti Md Noh (11DPI24F1067)
- Nurul Syahirah binti Mohemed Rashid (11DPI24F1097)
Cabaran dan Tafsiran Semasa Terhadap 5 Perkara Utama Dalam Perlembagaan Persekutuan
Isi Kandungan:
- PENGENALAN
- CABARAN DAN TAFSIRAN SEMASA TERHADAP 5 PERKARA UTAMA PERLEMBAGAAN
- PENGAJARAN
- KESIMPULAN
- RUJUKAN
PENGENALAN:
Perlembagaan Persekutuan adalah undang-undang utama dan tertinggi di Malaysia. Selain itu, Perlembagaan Persekutuan juga mengandungi 183 perkara dan 2 fasal serta telah mula digunapakai sejak Tanah Melayu mencapai Kemerdekaan pada 1957. Ia digubal di parlimen dan sesuatu perlembagaan atau akta digazetkan apabila mendapat sokongan 2/3 ahli dewan rakyat. Perlembagaan mencipta 3 institusi pentadbiran negara (Doktrin pengasingan kuasa) iaitu Badan Perundangan (Pengamal Undang-Undang), Badan Eksekutif (Jemaah Menteri) dan Badan Kehakiman (Ketua Hakim Negara). Akan tetapi, terdapat cabaran dan tafsiran semasa terhadap 5 perkara utama dalam perlembagaan persekutuan. 5 perkara utama dalam perlembagaan persekutuan adalah Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan, Agama Islam sebagai agama rasmi, Hak kaum Melayu dan Bumiputra, Hak Asasi dan Hak& kedudukan Raja-Raja Melayu.
CABARAN DAN TAFSIRAN SEMASA TERHADAP 5 PERKARA UTAMA PERLEMBAGAAN:
1. Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan
Antara cabaran terhadap 5 perkara utama perlembagaan persekutuan ialah Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan. Di negara Malaysia terdapat tempat yang dapat menarik tarikan pelancong. Pelancong kebiasaannya dari luar Malaysia lebih fasih menggunakan bahasa Inggeris jadi apabila mereka datang ke Malaysia , mereka hendaklah berusaha untuk mendalami dan melancarkan percakapan menggunakan bahasa Melayu.
Bahasa Melayu adalah salah satu daripada empat unsur tradisi yang terdapat dalam perlembagaan yang merangkumi pemerintahan beraja , kedudukan istimewa orang Melayu dan agama Islam. Kontrak sosial ini merujuk kepada persetujuan yang dicapai antara orang Melayu dan bukan Melayu mengenai orang bukan Melayu mendapat kewarganegaraan secara jus soli , manakala orang Melayu mendapat Islam sebagai agama persekutuan , kedudukan istimewa orang Melayu , bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan pengekalan institusi beraja.
Cabaran lainnya ialah dari segi pendidikan iaitu sekolah vernakular dimana setiap kaum diasingkan mengikut kaum masing-masing seperti Melayu , Cina dan India. Sekolah vernakular ini menggunakan bahasa ibunda dalam pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran. Tiada satu sistem pendidikan berbentuk kebangsaan yang dilihat melainkan semua kaum dipisah-pisahkan mengikut jenis sekolah.
Tafsiran semasa bagi cabaran pendidikan ialah kekurangan pengajar kerana bilangan pengajar kaum Melayu lebih ramai berbanding pengajar kaum Cina dan India. Hal ini sedemikian telah menyebabkan tertubuhnya sekolah vernakular.
2. Agama Islam sebagai agama rasmi
Cabaran seterusnya adalah cabaran terhadap agama Islam sebagai agama rasmi di Malaysia. Antara cabarannya seperti masalah pendekatan dengan agama Islam. Apabila seseorang ingin memeluk Islam ia perlu dikhatan atau disunatkan. Perkara ini menimbulkan kesulitan kepada orang-orang yang ingin memeluk Islam.
Berkenaan agama Islam yang sering dijadikan contoh dan panduan kerana agama yang telah tersebar luas kerana ilmunya tersendiri dan dijadikan pedoman bagi orang yang beriman dengan agama Islam.
Pertentangan dengan lain ideologi kewujudan nasionalisme merupakan cabaran yang dilalui dalam konteks dakwah di negara ini. Pelbagai ajaran baharu yang menyesatkan terus menghimpit dakwah dari pelbagai sudut.
3. Hak kaum Melayu dan Bumiputra
Cabaran yang dihadapi pada perkara Hak kaum Melayu dan Bumiputra adalah kehendak politik dalam mempertahankan agenda melayu. tafsiran perlembagaan tentang hak orang melayu masih belum muktamad. Selain itu, kegagalan manafsirkan isu ini secara tepat akan menyebabkan isu ini akan sentiasa diperdebatkan dari masa ke semasa
Antaran tafsiran yang berkaitan dengan hak kaum melayu dan bumiputera ialah Konteks Sejarah, Hak-hak ini ditetapkan dalam Perlembagaan Malaysia, terutamanya di bawah Artikel 153, yang memberi perlindungan kepada kaum Melayu dan bumiputera dalam hal-hal seperti pendidikan, pekerjaan, dan pemilikan tanah. Ini penting untuk memahami latar belakang sosial dan ekonomi negara. Selain itu, konteks Sosial. Dalam konteks semasa, hak ini sering dilihat sebagai usaha untuk mencapai keadilan sosial bagi kaum Melayu dan bumiputera yang mungkin menghadapi ketidakadilan dalam peluang ekonomi berbanding kaum lain. Namun, terdapat juga kritikan yang menyatakan perlunya keseimbangan agar tidak menimbulkan diskriminasi terhadap kaum lain.
4. Hak Asasi
Cabaran yang dilalui hak asasi ialah kerajaan gagal memenuhi komitmen untuk memperbaharui undang undang yang menyekat hak kebebasan bersuara dan terus mengguna pakai undang undang yang menindas untuk menyenyaokan suara kritis dan menghalang protes secara aman. Selain itu, kerajaan menyekat kebebasan bersuara dan menerima pakai akta kebebasan
Antara tafsiran terkini bagi hak asasi ialah Universiti,Hak asasi manusia adalah universal dan tidak boleh dipisahkan. Setiap orang berhak menikmatinya tanpa diskriminasi. Selain itu, keterangkuman, Hak asasi kini meliputi aspek baru seperti hak digital, perlindungan terhadap data peribadi, dan hak terhadap persekitaran yang sihat.
5. Hak & kedudukan Raja-Raja Melayu.
Cabaran institusi raja-raja Melayu di Malaysia menunjukkan perlunya mereka beradaptasi dalam konteks moden. Globalisasi dan modernisasi telah mengubah pandangan generasi muda, mengakibatkan penurunan penghargaan terhadap monarki. Ketegangan politik dan pertikaian kuasa juga menimbulkan kontroversi, di mana tindakan raja kadang-kadang dipertikaikan, menunjukkan perlunya penjelasan peranan mereka dalam pentadbiran negara.
Selain itu, perkembangan hak asasi manusia mendorong masyarakat untuk lebih kritikal terhadap raja-raja, dengan harapan mereka menjadi lebih bertanggungjawab dan telus. Kekurangan pendidikan mengenai peranan raja-raja mengurangkan penghargaan generasi muda terhadap institusi ini. Isu ekonomi dan sosial seperti ketidaksamaan sosioekonomi turut mempengaruhi persepsi rakyat; jika raja dilihat tidak aktif menangani masalah ini, sokongan terhadap monarki mungkin berkurang. Oleh itu, institusi raja-raja Melayu perlu mengadaptasi diri agar tetap relevan dalam masyarakat yang semakin kompleks.
Tafsiran semasa mengenai cabaran raja-raja Melayu di Malaysia menunjukkan bahawa institusi diraja perlu beradaptasi agar terus dihargai. Relevansi mereka bergantung kepada kemampuan menyesuaikan diri dengan nilai globalisasi, kerana generasi muda kini memerlukan alasan untuk menghargai monarki. Dinamik politik yang berubah memerlukan sokongan masyarakat untuk memastikan kelangsungan institusi. Raja-raja perlu memahami aspirasi rakyat agar tetap relevan. Kesedaran hak asasi manusia yang meningkat mendorong masyarakat untuk mempertanyakan tanggungjawab raja-raja, sehingga penting untuk mereka bersikap terbuka. Pendidikan sivik juga perlu ditingkatkan agar generasi muda memahami peranan raja-raja dan lebih menghargai institusi ini. Akhirnya, raja-raja harus lebih aktif dalam menangani isu sosial dan ekonomi. Jika tidak, sokongan terhadap mereka mungkin berkurang. Untuk kekal relevan, raja-raja Melayu perlu menyesuaikan diri dengan masyarakat moden dan berperanan dalam menghadapi cabaran semasa.
PENGAJARAN:
Perlembagaan Persekutuan ditubuhkan adalah untuk kesenangan generasi kini. Pengajarannya, kita sebagai raykat Malaysia hendaklah mengenang jasa dan budi ahli politik yang telah berjuang untuk meletakkan hak hak rakyat sebagai suatu perkara yang utama dan penting. Selain itu, kita juga perlu menjaga maruah negara kita yang berpelembagaan agar dipandang tinggi dan dihormati negara lain.
KESIMPULAN:
Kesimpulannya, banyak cabaran yang perlu dihadapi dan tafsiran semasa terhadap 5 perkara utama perlembagaan persekutuan iaitu Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan, Agama Islam sebagai agama rasmi, Hak kaum Melayu dan Bumiputra, Hak Asasi dan Hak& kedudukan Raja-Raja Melayu. Oleh itu, kita sebagai rakyat Malaysia perlu sedar akan 5 perkara utama yang telah diperuntukkan untuk kita dan menjaga adab dan perlakuan sebagai rakyat Malaysia.
RUJUKAN:
1. https://www.researchgate.net/publication/326987913_Perlembagaan_Persekutuanpdf
2. https://journalarticle.ukm.my/3311/1/Bahasa_Melayu_dalam_perlembagaa_Persekutuan.pdf
3. https://prezi.com/6-ybgr3b9pku/cabaran-hak-orang-melayu-dan-bumiputera-dalam-perlembagaan-m/
4. https://www.amnesty.my/2024/04/24/keadaan-hak-asasi-manusia-di-malaysia-2023/
5. https://www.agc.gov.my/agcportal/index.php?r=portal2/ciak&id=2311
6. https://www.isis.org.my/
Comments